Pada 30 April lalu saya mendapat panggilan daripada seorang rakan yang bertanyakan mana nak beli I-Pad2. Saya tak berapa biasa dengan produk Apple jika tidak silap berhampiran pejabat saya di One Utama ada satu, kemudian di Harvey Norman Mutiara Damansara, Low Yat di tingkat G, Outlet Machines di Mid Valley. Rupa-rupanya dia dah round Mid Valley, KLCC, Lot 10, dan Low Yat, siap mintak saya tengokkan jika ada di One Utama.

Maka saya pon tengok lah jugak tapi bukan 30 April tapi pada 3 May 2011 hari mula kerja lah. Waktu rehat singgah kejap di Mac City memang dah out of stock. Dah sampai saya pon tanya je lah, “dik bila last stok habis” Budak tu kata launch 29 April 2011 tu Cuma ambil masa 4 jam je dah habis, itu pon berebut, dia pon tak jangka sambutan sebegitu rupa. Menurut budak tu ada yang tunggu dari jam 5 pagi untuk pastikan tak terlepas.
Ini kita boleh digelarkan fenomena I-Pad 2. Seterusnya maklumat yang diperolehi daripada Mac Fan dan jugak distro Apple mereka kata batch yang baru akan sampai pada hari ini, iaitu 7 May 2011. Rupanya ada gelombang kedua fenomena I-Pad2 ni, ianya bukan hanya Malaysia tetapi berlaku juga di China, Thailand, dan Brunei.
Di Beijing Lelaki ini (gambar atas) berjaya memperolehi I-Pad2 nya pada 5 May 2011, setelah berbaris panjang seperti ini.
Tidak terkecuali di Shanghai seperti gambar di bawah
Berikut pula dipetik dari akhbar online di Brunei
Serentak dengan Malaysia hari ini di Thailand mereka berbaris panjang macam nak demonstrasi di kota Bangkok
Inilah yang saya katakana fenomena, melalui facebook, twitter dan forum apple di Malaysia, sewaktu saya menulis catatan blog ini stok di KL, Selangor dan P.Pinang hampir habis, dan khabarnya di Johor Bharu mungkin hanya dapat bertahan sehingga petang ini sahaja,
Pada 30 April lalu beginilah suasana di MidValley
Dan pada hari ini diperolehi dari link twitter, di KLCC
Fenomena dan fenomena I-Pad2, orang kata kalau Steve Jobs jual tunggul kayu pon orang akan beli J



maksud sdra ipad tunggul kayu ke? Boleh cerita kenapa sdra kata steve jobs jual tunggul kayu pon org beli? Saya kira sdra background IT dah tentu tak tolak teknologi mohon penjelasan
terimakasih kerana tuan sudi berkunjung ke blog yang tak seberapa ini. Awal mula saya mohon maaf sekiranya kenyataan tersebut mengelirukan tuan. Nama seperti Steve Jobs, Bill Gates dan Linus Torvalds memang saya ikuti idea mereka sejak dari bangku sekolah lagi. Dalam dunia IT mereka mempunyai ideologi mereka tersendiri dalam mengembangkan produk mereka.
Jika berkesempatan saya ingin berkongsi video Steve Jobs memperkenalkan produk Macintosh 80an, iMac 90an, dan I-Pad 2010. Variasi persembahan dan kaedah penyampaian Steve Jobs amat terkesan kepada yang melihatnya malah pada saya ianya mengkagumkan. Setakat ini pendapat saya beliau tiada tandingan dalam memperkenalkan produknya samaada Bill Gates (Microsoft), Steven Ellop (Nokia), Michael Dell (Dell), Larry Page dan Eric Schmidt (Google) dan lain-lain lagi.
Oleh yang demikian saya kira jelas bahawa saya tidak menolak teknologi, malah saya juga bukanlah seorang Fan Apple walaupun mengkagumi kaedah Jobs, setiap individu itu ada keistimewaan masing-masing. Yang penting kita bijak menggunakan teknologi.