Travelog : Fuel Consumption Test

Enjin 1.6 Turbo yang dah berusia 5 tahun dgn mileage dah 128ribu km. Buat ekspedisi Timur Barat dgn “speed not exceed” 115kmh, RPM “try not exceed” 2800rpm sekalipun mendaki bukit curam antara Grik dan Jeli merentasi Titiwangsa.

Laluan digunakan adalah Rawang-Behrang (Bermalam di Gedangsa)-Kota Bharu (via Lebuhraya Timur Barat) bacaan fuel consumption adalah  8.4L per 100km.

 

        

Alhamdulillah tenaga dan keadaan jantung the first Malaysia Turbocharge ini di dalam fizikal Exora yang serba berat di tambah dengan muatan 4 dewasa, 4 kanak-kanak termasuk bagasi untuk 3 hari 2 malam masih baik dan sihat.

Metod pemanduan ini pernah diukur cara yang sama ketika Ekspedisi ke Selatan tempoh hari dengan My Baby German Turbocharge 1.2TSI. Memandangkan kedua – dua jentera ini mempunyai speedometer elektronik yang mengukur kadar penggunaan bahan api.

Jentera yang lalu iaitu Kancil, Kembara, Saga BLM dan Waja Campro pernah diuji namun pada pendapat saya pemboleh ubah terlalu lemah maka ketepatan ukuran terlalu rendah.

Pada waktu ujian jentera Turbocharge Jerman 1.2TSI pertengahan perjalanan berjaya capai 5.2L per 100km tapi di akhir lokasi catatan terbaik dari Rawang – Jalan Duta – Seremban – Legoland sejauh 342km bacaan fuel consumption adalah 5.5L per 100km.

      

Tak adil nak bandingkan kejuruteraan Jerman dan Malaysia malah sesaran enjin juga berbeza, namun saya memberi tabik hormat kepada Pasukan Pembangunan Proton kerana berani membangunkan kenderaan berkuasa Turbo untuk kegunaan harian memberi kuasa dan penjimatan bahan api sebaik mungkin.

p/s : Ini adalah salah seorang orang yang bertanggungjawab membangunkan kenderaan baru Proton, Azlan Othman Proton Head of Design

Bebanding masa ini kenderaan Jepun dan Korea baru memperkenalkan secara besar besaran untuk kegunaan harian pengecas turbo, namun waktu itu hanya kenderaan Eropah memberi penekanan dan Proton berani ke arah itu. Turbocharge bukan perkara baru, sudah lama diperkenalkan cumanya penggunaan bahan api dahulu tidak begitu optimum.

Apa untung nya kita dapat catatan fuel consumption yang optimum?

  • Antara kebaikannya adalah kadar pelepasan karbon kenderaan kita lebih rendah.
  • Kadar putaran enjin sekata membantu memanjangkan jangka hayat enjin.
  • Antara yang paling penting penjimatan kos bahan api.

Sebagai renungan

firman Allah:

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ

“tidaklah kami mengutusmu, melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekian alam” (al-Anbiya: 107)

Seterusnya termasuk alam ini, maka islam mengajarkan untuk mencintai alam dan menjaganya, serta melarang berbuat berbagai kerosakan di muka bumi.

Maka dari itu Allah menciptakan manusia sebagai khalifah di muka bumi dan itu semua adalah bentuk dalam rangka beribadah kepada Allah. Allah berfirman:

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

“telah nampak kerosakan di darat dan di lautan yang disebabkan oleh tangan-tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebagian dari perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” (ar-Rum: 41)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *