Masalah bekalan Ipad2 bakal mengundang cabaran peranti Android

  1. Dalam tempoh bulan April -May 2011 ini dilihat berlaku fenomena terhadap peranti Ipad2 seluruh dunia terutama di Asia tidak terkecuali Malaysia. Bagaimanapun masalah bekalan menjadi faktor bahaya, kerana dalam masa yang sama Android mengeluarkan update terbaru Honeycomb yang memberi cabaran yang sengit kepada Ios.
  2. Dalam dunia peranti tablet setakat ini hanya ada 2 sistem operasi yang mendominasi dunia iaitu Android dari Google dan Ios dari Apple Inc. Blackberry masih sangat baru, manakala Nokia masih agak senyap melalui Meego/Maemo malah Microsoft masih agak ketinggalan dala dunia tablet.
  3. Ianya agak kontra dengan peranti telefon bimbit yang didominasi oleh Symbian, serta lain OS lain seperti RIM, Ios, android, Bada dan sebagainya.
  4. Peneraju dunia mobiliti dilihat ingin memecahkan tradisi Perkomputeran tradisi melalui PC dan Komputer Riba yang didominasi oleh Microsoft melalui OS Windows.
  5. Berbalik kepada kisah Ipad2 yang mempunyai permintaan yang tinggi malangnya tidak cukup bekalan, saya perhatikan forum dan perbincangan di media sosial online telah mula merebak pengaruh Android Honeycomb ditambah pula peranti terbaru diperkenalkan oleh Motorola iaitu Xoom dikuasakan dengan kuasa yang sama dengn Ipad2. Yang mencacatkan Motorola Xoom adalah harga pengenalannya yang mahal, maka gelombang android belum cukup kuat untuk menyaingi gelombang Ios melalui Ipad2.
  6. Gelombang ketiga Ipad2 dimalaysia yang bakal menjelma mihggu ini agak tercabar dengan pengumuman peranti Android yang terbaru iaitu Acer Iconia A500, walaupun ianya tidak sehebat satu lagi peranti android iaitu Samsung Galaxy Tab 10.1, tetapi harganya boleh dikatakan termurah untuk kategori tablet di Malaysia.
  7. Saya rasa ini masa terbaik untuk Android menyerang kerana satu lagi produk yang lebih hebat iaitu Samsung Galaxy Tab 10.1 belum menunjukkan batang hidung di Malaysia. Dari segi faktor kelebihan sistem operasi pendapat peribadi saya Android Honeycomb jauh lebih baik dari Ios 4.1, bagaimanapun aplikasi Ios dilihat bukan setakat lebih stabil malah banyak sokongan dalam penghasilannya di dunia.
  8. Bagaimanapun usah di nafi peratus penghasilan aplikasi dari android juga sedang meningkat laju. Ianya terletak kepada strategi bahagian pemasaran mereka untuk menguruskan fenomena ini, jika diuus dengan bijak ianya kekal dikuasakan oleh Apple jika tidak ianya bakal ditewaskan oleh Google.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *