Maka dengan rasminya rumors selama ini berkenaan IPhone 5s dan IPhone 5c menjadi kenyataan. Apple telah mengorak langkah bagi memposisikan kedudukan mereka di dalam kategori lebih murah (tak murah juga) bagi menarik lebih ramai pengguna dalam menguasai pasaran Aplikasi dalam IOS.
Android telah menguasai pasaran telefon pintar disebabkan variasi yang dikeluarkan oleh pengeluar mereka seperti Samsung, HTC, Sony, Huawei dan sebagainya. Pengeluar tersebut berjaya menghasilkan telefon pintar pada kategori murah, sederhana dan premium. Oleh yang demikian pasaran aplikasi yang ditawarkan Apple melalui Apple Store mendapat saingat sengit dari Google Play, sebelum ianya menjadi parah dalam jangkamasa panjang seperti di alami oleh Nokia dan RIM ini mungkin langkah terbaik yang perlu dilaksanakan oleh Apple.
Tawaran baru Apple meletakkan IPhone 5s menjadi versi Premium manakala IPhone 5c menjadi versi sederhana. Apple kelihatan menggugurkan terus IPhone 5 dari senarai produknya dengan meletakkan IPhone 4s 8GB sebagai versi termurah dalam barisan produk IPhone menggantikan IPhone 4.
Bagi yang mengharapkan Apple meletakkan IPhone 5 8GB sebagai versi termurah dah boleh melupakan terus hasrat tersebut.
Perbezaan ketara yang dapat dilihat antara IPhone 5s dan IPhone 5c adalah :
- Rekabentuk – IPhone 5s mengekalkan rekabentuk premium seperti IPhone 5 dengan penambahan warna emas dalam variasinya, manakala IPhone 5c dengan rekabentuk sederhana tapi menonjol dengan balutan plastik berkualiti tinggi dan variasi warna seperti IPod Touch. Casing rasmi kedua-dua telefon tersebut juga berbeza.
- Perkakasan Dalaman – Terkenal dengan Inovasi, bagi Iphone 5s Apple meletakkan cip pemproses A7 menggunakan platform 64 bit iaitu yang pertama di dunia bagi telefon pintar. Jangkaan bahawa Apple akan meniru Samsung untuk menggunakan cip Quad Core atau Octa ternyata meleset, kerana pemproses A7 tersebut masih menggunakan dual core. Ianya sama seperti tahun 90-an yang mana pada ketika itu Apple menggunakan cip 64 bit dari Motorola yang pertama untuk desktop (Apple Macintosh) berbanding Intel pada ketika itu masih menggunakan tekologi 16 bit dan seterusnya 32 bit berlumba dengan AMD hanya berkenaan kelajuan Mhz prosessor (Perang Mhz). Apple sentiasa memastikan platform sistem operasinya dioptimasi sepenuhnya dalam sesuatu pemproses, bagi mereka yang pernah jailbreak pasti tahu kesan selepas jailbreak pada peranti IOS. Masing-masing seronok menggunakan aplikasi yang banyak tetapi terpaksa korbankan kestabilan IOS. Selain dari itu teknologi pengesanan jari adalah satu bentuk inovasi baru diperkenalkan bagi sebuah telefon pintar untuk tujuan keselamatan. Bagi IPhone 5c spesifikasinya tidak ubah seperti IPhone 5 sebelum ini. Percayalah selepas ini syarikat pembuat telefon pintar yang berlumba mengejar kelajuan dan core pemproses masing-masing akan beralih kepada menggunakan pemproses 64 bit.
- Kamera : Secara kasarnya kedua-dua peranti tersebut menggunakan kamera 8MP tetapi bagi IPhone 5s ianya ditambah dengan teknologi True Tone Flash bagi membolehkannya menghasilkan gambar yang lebih cantik walaupun pada keadaan kurang cahaya. Antara teknologi lain yang di bawa pada kamera IPhone 5s seperti Burst Mode, Slo-mo dan rakaman video yang lebih baik.
- Pemproses Tambahan : Kali ini pada IPhone 5s Apple memperkenalkan pemproses tambahan dinamakan sebagai M7. Ianya dikhususkan untuk mengendalikan gyroscope dengan lebih responsif. Gyroscope adalah teknologi gerakan yang memang telah lama telah ada di dalam IPhone cuma kali ini ianya dikendalikan secara spesifik oleh M7. Selain itu ianya akan membuka peluang aplikasi berasaskan kesihatan di hasilkan kerana sensor gerakan kini dikawal secara berpusat.
Rumusan
Jika diperhatikan kedua-duanya mempunyai kekuatan tersendiri, dan teletak kepada keperluan bakal pemilik. Tidak dinafikan walaupun ketara perbezaan teknologi yang dibekalkan, tapi IPhone 5c adalah unik dan menarik. Tidak dipastikan lagi harga dan bila akan memasuki pasaran di Malaysia, bagaimanapun pra tempahan di Singapura sama seperti di Amerika Syarikat iaitu 13 September bagi IPhone 5c dan 20 September bagi IPhone 5s. Harganya di Singapura bermula dari SGD848 (>< RM2190) bagi IPhone 5c dan bermula dari SGD998 (><RM2550).


yah sayang sekali sudah tidak produksi lagi iphone 5 nya.. aku nak cari yang secondhand lah
iPhone berubah gimanapun warnanya selalu sama ya, g ada tambahan warna lain.