Kenduri Kesyukuran dan Aqiqah Nu’man

Assalamualaikum, April 2011 dimeriahkan lagi dengan kenduri kesyukuran dan aqiqah Nu’man. Setelah Iman dan Hanan di aqiqahkan di Gedangsa pada tahun 2007 dan 2009, giliran Nu’man di laksanakan di Segambut semalam. Alhamdulillah dua ekor kambing di aqiqahkan untuk Nu’man, kenduri bermula jam 2ptg selepas solat zohor dengan selawat dan doa oleh muslimin dan muslimat sekitar Tmn SPPK Segambut.

Malam sebelum kenduri, esok dah busy so rehat cukup-cukup lah ni

Nu'man JJ

Rambut di potong secara bergilir oleh jemaah muslimin yang hadir
selawatdancukurJamuan jemaah musliminjamuan1

Marhaban oleh jemaah muslimatAbg Mat Noi dan keluarga juga hadirJiran-jiran dari Putri Height juga hadir, terima kasih kepada keluarga Abg Lan, Keluarga Abg Anuar, Keluarga Abg Zaini, Keluarga Rahim dan Keluarga Abg Wan.

Kepada sahabat dan teman-teman yang hadir terima kasih, tak sempat nak ambil gambar macam keluarga Abe Wer, Keluarga Zaid dan Ayu, dan lain-lain lagi. Terima kasih semua


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *