Aplikasi Find My iPhone membantu polis menahan suspek rompakan bersenjata.

LA Times melaporkan bahawa Aplikasi Find My iPhone  telah digunakan untuk membantu dalam penangkapan suspek rompakan bersenjata pada Khamis lepas. Suspek tersebut memasuki rumah sambil mengacukan pistol kepada mangsa dalam masa yang sama mengambil beg tangannya. Tanpa mengesyaki apa-apa suspek tersebut telah meninggalkan rumah mangsa.

Walaubagaimanapun, mangsa kemudiannya menelefon polis dan teringat bahawa beliau ada mendaftar Find My iPhone dan terus memberitahu pihak polis. Mangsa bernasib baik kerana dengan maklumat tersebut pihak polis telah menngunakan komputer riba dan mengesan suspek melalui laman web iCloud Apple. Pegawai polis kemudian berjaya menjejaki suspek seterusnya ditangkap dan dibawa ke LAPD. LAPD kemudiannya memberitahu kepada LA Times betapa penting sekiranya pengguna mempunyai perisian penjejakan yang dipasang pada telefon bimbitl.

Pegawai LAPD juga dilaporkan berkata kecurian komputer dan telefon bimbit adalah penyumbang utama kepada jenayah di Los Angeles,  Pemasangan aplikasi penjejakan pada komputer, telefon bimbit dan tablet mudah alih adalah sangat bermanfaat dikemudian hari.

Laporan tersebut saya perolehi dari LA Times

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *