Banyak pula org tanya perihal SAN dan NAS. Dari mana cerita pasang SAN dekat rumah pun wujud dan macam-macam mazhab tiba-tiba muncul. Di sini saya kongsi sedikit jawapan kepada persoalan ini.
1. SAN (Storage Area Network)
SAN adalah ringkasan dari Storage Area Network. Di dalam suatu rangkaian khusus (dedicated network) yang mana terdapat pelayan (server), komputer dan storan. Pelayan dapat menggunakan storan yang bersambung di dalam rangkaian, manakala komputer yang juga berada di dalam rangkaian tidak boleh menggunakan secara terus storan tersebut.
2. NAS (Network Attached Storage)
Manakala NAS adalah Network Attached Storage. NAS Storage Server berhubung ke rangkaian LAN menggunakan Ethernet Switch. Bukan sahaja pelayan malah komputer-komputer yang berada dalam rangkaian LAN tersebut boleh menggunakan NAS secara langsung melalui jaringan LAN yang sama. Contoh aplikasi yang mengadaptasi NAS adalah file server. NAS ini bahasa mudah difahami adalah storan yang dimasukkan di dalam rangkaian.
Secara gambarajah berikut adalah perbezaan NAS dan SAN
