Soalan yang menjadi topik hari inilah yang paling banyak saya terima, saya dengar, saya baca dan saya jumpa di alam nyata atau alam maya. Tak terkecuali sahabat dan keluarga.
AMARAN
Jika anda peminat kipas susah mati sesuatu jenama, maka itu teruskan dengan minat anda. Anda dah boleh berhenti dari membaca topik ini.
Bak kata orang tua-tua wal asal balik asal wal usul balik asal. Hakikatnya ia adalah bermula kefahaman anda apa itu Sistem Operasi atau dalam bahasa Inggerisnya Operating System dengan singkatan glamornya OS. Oleh yang demikian dengan pemilihan Sistem Operasi itu barulah pemilihan perkakasan anda letakkan keutamaan. Sebagai contoh jika kita selesa dengan Sistem Operasi Windows, gemarkan cabaran pemilihan antivirus setiap tahun maka teruskan memiliki komputer atau komputer riba yang berasaskan Windows. Pilihlah variasi jenama sama ada Dell, Lenovo, Acer, Samsung, HP, komputer klon dan sebagainya.
Jika sukakan sistem operasi berasaskan UNIX maka pilihlah sama ada Linux (Ubuntu, SuSe, Debian, Redhat, Mandriva dsb) atau MacOS. Dah selesai buat keputusan OS mana digemari maka belilah perkakasannya sama ada komputer klon, HP. Dell Acer atau iMac / Macbook.
Begitulah juga telefon bimbit dan juga yang terbaru dan terlibat dengan topik ini adalah tablet PC. Tablet PC telah lama ada dipasaran cuma tiada pengusaha yang kreatif untuk membawanya tampil dengan cara terbaru. Sejak Apple memperkenalkan iPad maka sejak itu jugalah tablet menjadi perhatian seluruh dunia. Bak kata Steve Jobs 2010 adalah tahun iPad manakala 2011 pula adalah tahun copycat. Hakikatnya yang membuatkan iPad itu diterima bukan semata-mata perkakasannya. Yang menjadi daya penariknya adalah ciri-ciri di dalam sistem operasi milik Apple iaitu iOS. Seperti yang pernah saya sebut sebelum ini Sony, IBM dan Dell pernah mengeluarkan tablet mereka sebelum tahun 2005 lagi, tapi sistem operasinya adalah Microsoft Windows yang bukan sahaja mudah hang, tidak mesra skrin sentuh serta lembab tapi juga MAHAL. Kerana itu jugalah ianya kurang berjaya.
Maka saya kira anda sudah boleh menjawab pemilihan anda adalah terletak kepada keserasian kita dengan Sistem Operasi bukan jenama perkakasan.
Kerana itulah sejak awal lagi saya telah letakkan tanda amaran, catatan ini adalah untuk orang yang tidak berpegang kepada mana-mana jenama dan mahu kebebasan memilih. Bagi mereka yang sedang membezakan sama ada mahu memilih iPad atau Samsung Galaxy Tab anda boleh berhenti memilih sebegitu rupa. Ubah persepsi iaitu anda sebenarnya meminati iOS dari Apple atau Android dari Google?
Jika gemarkan iOS maka anda tiada pilihan, tablet yang sesuai untuk anda adalah iPad. Kerana iOS hanya dijalankan pada perkakasan seperti iPod Touch, iPad dan iPhone. Tetapi jika anda penggemar Android, perlu anda beri perhatian Android bukan sahaja ada pada Samsung Galaxy Tab, sebenarnya anda ada banyak pilihan. Anda boleh selongkar jenama-jenama lain dipasaran dan buat perbandingan disitu. Peranti lain yang boleh anda explore adalah dibawa oleh jenama-jenama seperti Acer, Samsung, Asus, HTC, Sony, Motorola, Toshiba, LG, Viewsonic dan ada beberapa lagi.
Jangan terpengaruh dengan jurujual atau iklan di media sahaja, cuba setiap perkakasan tersebut mana yang paling sedap dipegang, mempunyai UI yang lebih baik, skrin yang lebih sesuai dengan anda dan perkakasan tambahan padanya yang memang anda perlukan. Dan mungkin ianya sangat sesuai dengan poket anda. Ada beberapa lagi Sistem Operasi pagi peranti tablet PC seperti Blackberry dari RIM dan WebOS dari HP (dahulunya dibangunkan oleh Palm). Microsoft juga tidak ketinggalan dalam percubaan merevolusi Windows Mobile untuk kegunaan tablet PC pada masa akan datang.
Saya kira sudah jelas, dan kini lebih terbuka kalau ada yang anda masih tidak jelas boleh tinggalkan komen, hantar facebook message atau email. Saya mungkin tak jawab serentak kerana saya lebih gemar kumpulkan soalan dan jawab sekali untuk semua.
Setakat itu sahaja, selamat membuat pilihan.



Macam mana pulak kalau aku pilih android, apa yang paling baik untuk android? Samsung Galaxy Tab, Motorola Xoom atau HTC Flyer? yang ni aku ada jumpa dengan package Celcom atau Maxis. Tapi lepas baca blog kau ni aku ada cek website Acer, macam best je tapi apa pulak pendapat kau dengan Acer?cuma Acer aku tak jumpa lagi package yang menarik dari telco.
Saya setuju dengan pandangan penulis, mungkin selama ni orang macam saya tak paham nak memilih gajet ni rasa minat dan popular terus beli. Saya dah pon tersilap sebab dah terbeli Blackberry Playbook. Saya pakai Blackberry Bold itu sebabnya saya beli Blackberry Playbook. Saya ada bercadang untuk beralih kepada ipad atau samsung galaxy tab, maka saya terjumpa artikel ni. Adakah perlu saya memiliki iphone baru ipad saya betul-betul berguna? kawan-kawan ada kata kalau nak beli ipad tak berguna kalau tak pakai iphone. Kalau saya pilih android, apa pula device terbaik untuk run android, soalan ini mungkin sama dengan soalan dextertransform.
Aku pakai galaxy tab. Apa yang aku nak kat galaxy tab ni ni senang nak bawa kecil aja. Andriod 2.2 ni ok jugak la. Nak download pun laju juga. Aku pakai instanet.Android ni kalau nak download senang sebab boleh download dari market dan samsung app