Banyak juga perkara yang ingin saya berkongsi sempena WWDC 2013 Keynote dari San Francisco pada 10 Jun 2013 yang lalu.
Tahun ini WWDC 2013, Apple mengambil langkah sepatutnya dengan memperbaharui barisan sistem operasinya sama ada Desktop atau Mobile secara major (Major Changes). Mac OS X 10.9 atau Maverick dan IOS 7. Menariknya Craig Federighi VP Kejuruteraan Perisian membuat pembentangan lebih menarik ala Steve Jobs sedikit, antara elemen lucunya “Adakah kami terpaksa melambatkan versi MacOS X kerana kehabisan idea memilih nama dari keturunan kucing hingga menamakannya MacOS X Sea Lion”. Ketawa berseorangan di tengah malam.
Untuk makluman MacOS X dimulakan lebih 10 tahun yang lalu menggunakan nama panggilan dari haiwan berasal spesis kucing seperti Cheetah, Puma, Jaguar, Panther, Tiger, Leopard, Snow Leopard, Lion dan Mountain Lion.
Perubahan major tersebut adalah melibatkan UI (User Interface) serta adaptasi yang lebih jelas antara MacOS X dan IOS. Walaubagaimanapun ianya tidak seperti MacOS 9 ke MacOS X kerana masih lagi menggunakan Kernel Mach dan Darwin. Ianya sudah dijangka kerana platform adunan Steve Jobs ini adalah masih terbaik dan paling fleksibel untuk jurutera Apple dan pembangun perisian pihak ketiga yang diperkukuhkan lagi dengan pelancaran XCode 5 dalam WWDC 2013 kali ini yang jauh lebih moden.
Jika berkesempatan saya ingin berkongsi pandangan perbezaan berdasarkan pengalaman saya menggunakan MacOS X Puma, Snow Leopard dan Lion dengan MacOS X Mavericks.
