Proton Preve Memperolehi Penarafan ANCAP 5 Bintang

Beberapa hari lepas Australasian New Car Assessment Program (ANCAP) mengeluarkan senarai terbaru menerima penarafan pembuat kereta yang telah melalui ujian mereka.

Preve ANCAP result

Melalui senarai tersebut Proton Preve berjaya memperolehi penarafan 5 bintang dengan jumlah skor 34.25 mata daripada 37.00 mata. Melalui pengkalan data ANCAP dapat saya rumuskan beberapa keputusan lain untuk dibuat perbandingan berdasarkan segmen seperti:

D-Segment:
BMW 5-series 2010 530d 5-star 36.53
Toyota Camry 2011 5-star 36.27
Kia Optima K5 2011 5-star 35.58
Peugeot 508 2011 Sedan 5-star 35.10
Audi A6 2011 5-star 34.91
Suzuki Kizashi 2011 XLS 5-star 34.83
Hyundai Sonata 2010 Sedan 5-star 33.53

C-Segment:
BMW 3-series 2012 320d 5-star 36.76
VW Jetta 2011 TSi 5-star 35.20
Honda Civic 2012 5-star 34.91
Audi A4 2008 All 5-star 34.45
PROTON PREVE 2013 5-STAR 34.25
Ford Focus 2011 5-star 34.17
Toyota Corolla 2010 5-star 33.63
Hyundai Elantra 2011 1.8 GSL 5-star 33.21
Mitsu Lancer 2007 ES 4-star 31.56
Kia Forte 2009 S Sedan 4-star 28.13

B-Segment:
Honda City 2010 VTi 5-star 33.49
Proton Saga 2010 1.6 G 3-star 19.96

Jika dibandingkan dengan kereta import segmen-C paling popular di Malaysia iaitu Kia Forte atau Cerato (di Australia) didapati Proton Preve memperolehi mata yang jauh lebih baik. Cuma perbezaan antara model Proton Preve di Australia dan di Malaysia adalah 6 beg udara dan pemasangan Electronic Stability Control (ESC) yang standard di Australia. Bagaimanapun saya kira tidak adil jika kita masih memandang sinis produk dan usaha anak tempatan dalam menghasilkan kereta jika hanya disebabkan kepada peralatan elektronik. Sedangkan peralatan tersebut boleh dipasang oleh pengeluar bergantung kepada variasi dan lokasi yang ingin dipasarkan.

Yang paling penting Proton telah berjaya menghasilkan struktur serta rekabentuk kenderaan untuk mencapai standard yang tinggi. Diharapkan model-model selepas ini akan memperolehi rating yang lebih tinggi berbanding Proton Preve. Tahniah Proton.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *