Janji Allah Itu Kepastian

Kadangkala kita sebagai insan yang lemah sering terleka. Dalam kesedapan menghirup oksigen percuma tanpa perlu dibayar, dalam kesedapan nikmat harta dan kebebasan bersuara kadangkala kita terleka dan terlupa. Kejayaan itu adalah matlamat akhirnya adalah taqwa iaitu menuju rahmat dari Allah, bukan kejayaan hidup senang dan tidak susah tetapi sama ada syurga atau neraka.

Sekadar renungan, hayati lirik lagu Kepastian dari InTeam dan perbandingan dengan apa yang kita lalui.

Ujian Tuhan kepada semua insan
Adalah kehidupan ini
Yang baik menjadi tuntutan
Yang buruk dijauhkan

Syurga yang dijanjikan
Bukanlah suatu khayalan
Tentang nikmat berpanjangan Ilahi

Neraka yang tercipta
Menghimpun azab derita
Tangisan kesengsaraan insan

Syurga adalah kelazatan
Terbentang buat hamba beriman
Yang kasihkan Tuhannya
Yang kasihkan Rasulnya
Yang kasih agamanya

Neraka tempat kemurkaan
Antara kedurjanaan insan
Yang lupakan Tuhannya
Yang lupakan Rasulnya
Yang lupa agamanya

Siapakah yang lebih mulia
Dari mereka yang tidak lupa
Janji Allah adalah kepastian
Dan nikmat syurga adalah indah

Gambar di Program Transformasi Halal, Kuantan Pahang. Pada 27 Sha’aban 1432 H

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *