Kembali dengan topik berkategori automotif. Seperti dijanjikan saya paparkan review saya berkenaan Proton Exora. Saya membuat uji pandu dua kali iaitu pada minggu pertama pelancarannya dan pada sebulan kemudian. Pandu uji tersebut tidaklah sejauh mana sekitar 20km sahaja. Walaupun bersemangat untuk menulis bagaimanapun tidak banyak yang boleh saya perkatakan. Secara keseluruhan saya berpuashati dengan kemampuan enjin terbaru dari Proton ini iaitu CFE (Charge Fuel Efficient) yang di datangkan bersama turbo bertekanan rendah. Keserasian antara enjin dan badan MPV yang “boleh tahan” besarnya ini cukup memuaskan tatkala pemanduan dilalukan pada kitaran enjin 2000RPM ke 4000RPM. Ianya adalah sangat baik bagi pemanduan normal dan separa lasak (maklumlah MPV)
Fizikal saiz Proton Exora Bold ini tiada perbezaan dengan model sebelumnya kecuali di aspek kosmetik seperti rekabentuk bumper depan dan belakang serta skirting. Selain itu lampu belakang smoked design.
Rekabentuk dalamannya tiada perubahan kecuali kualitinya dipertingkatkan. Ruang barisan pertama, kedua dan ketiga adalah terbaik dalam kelasnya, dengan keluasan yang selesa disamping ruang barang yang masih tidak mengecewakan. Meter cluster juga kali ini menngunakan illumination putih.
Kita bergerak ke arah pemanduannya, ruang pemanduannya masih sama dengan model yang sebelum ini, perbezaan yang minimal tapi cukup memuaskan. Yang agak ketara ketika mengundurkan kenderaan, kamera undur aktif manakala skrin terpapar pada cermin pandang belakang. (seperti yang terdapat pada Kia Forte)
Di ruang dalamannya kelihatan lebih baik dari generasi pertama Exora, NVH juga lebih baik cuma pada kelajuan rendah (40kmh – 60kmh) agak ketara bunyi dari gearbox CVT agak biasa bagi yang menggunakan CVT. Yang agak menarik apabila pedal minyak ditekan keras sama ada ketika memotong, mendaki bukit atau meningkatkan kelajuan bunyi turbin jet seolah-olah ada kesan bunyi khas yang dikeluarkan. Ianya ada lah bunyi turbin turbo yang memulakan kayuhannya ketika pedal dihenyak bermula dari 2000rpm ke 4000rpm.
Bagi yang mahukan henjutan gear walaupun dengan CVT, Proton menyediakan butang SAT untuk digunakan sekiranya berminat. Sales Person bagitau yang SAT boleh membantu pecutan, tapi pendapat peribadi saya CVT normal sudah cukup untuk membuat pecutan. Dengan menggunakan butang SAT pemandu akan merasa penukaran gear spt gearbox biasa sehingga 6 kelajuan virtual. Bagi “handling” sebuah MPV ianya boleh dikatakan terbaik dalam kelasnya, dengan badan yang agak gempal dan tinggi Lotus telah menjalankan tugas untuk menyeimbangkan rekabentuk suspensi bagi memastikan ianya kekal stabil dalam hampir semua keadaan. Bagi sebuah “van” yang bersaiz “bagak juga” hasilnya memang menakjubkan meskipun tanpa bantuan Electronic Stability Control (ESC).
Namun begitu ESC adalah penting di zaman ini, pelbagai perkara boleh terjadi di jalanraya secara mengejut di pelbagai halaju.
Dengan berkuasakan enjin 1.6 CFE menghasilkan kuasa sekuat 138hp dan 205Nm pada sela rpm 2000-4000rpm torque! (Lebih baik dari Chery Eastar 2.0 (130hp/180Nm) dan Innova 2.0L 136hp/182Nm), dengan Kotak Gear CVT bersama SAT, Brek disk belakang dan hadapan bersama ABS+EBD+BA. “Auto cruise”, suspensi umpama kereta, GPS (Portable), Ceiling mounted DVD-Player, reverse Camera, Rear air-cond control, 2nd+3rd row blowers, Clarion 6 speakers ICE dengan Bluetooth dan Aux, 205/55R16 rims and tyres.
Dari segi kualiti bahan dalaman saya masih katakan terlalu plastik, kalau di lihat kembali kepada model sebelum ini seperti Proton Perdana V6 dan Proton Waja CamPro 1.6E (yang masih saya guna hingga hari ini) telah ada sampel dashboard dan interior dengan kemasan plastik lembut yang berkualiti. Mungkin faktor kos yang menjadi punca itu saya tidak pasti.
Namun secara keseluruhannya ianya adalah terbaik dalam kitaran harga bagi model yang hampir sama.