Nokia N9 dikuasakan dengan MeeGo diumumkan

Ramai sudah sedia maklum bahawa Nokia telah menjalinkan kerjasama rapat dengan Microsoft bagi membangunkan Windows Mobile ke dalam peranti Nokia.

Perkara ini agak mengecewakan para peminat Symbian, termasuklah saya. Persoalan yang saya timbulkan adalah apakah Nokia telah melupakan Projek MeeGo yang dahulunya dikatakan sebagai Sistem Operasi masa depan Nokia?

Projek MeeGo ini cukup lama diperkatakan iaitu sebelum Symbian 3 lahir lagi. Berita kerjasama dengan Microsoft memang amat mengejutkan. Seolah-olah Nokia telah melupakan MeeGo.

Saya antara yang menunggu kelahiran Meego dari Nokia ini. MeeGo adalah sistem operasi yang dibina berasaskan Linux. Kerangka asal MeeGo ini sebenarnya menggabungkan Moblin (yang dibangunkan oleh Intel) dan Maemo (Yang dibangunkan oleh Nokia) menjadi satu projek.

Peranti Maemo yang pertama adalah N900, dan kebanyakan dari mereka kecewa dengan perkembangan N900 yang tak kembang-kembang.

Hakikatnya strategi perniagaan Nokia pendapat peribadi saya semakin lama Nokia menjadi semakin tidak fokus. Mereka begitu lama dengan platform S60 dan Symbian, kemudian mengumumkan Maemo dan MeeGo, tak sampai setahun umum pulak Windows Mobile.

Ianya dah hampir sama tapi tak serupa dengan HTC, Samsung dan Motorola. Keunikan Nokia asalnya adalah mereka seperti Apple, perkakasan dan perisian dicipta oleh mereka.

Sebelum menjadi lebih melalut saya fokuskan pada topik, hari ini seperti telah dijangka beberapa minggu yang lalu di Nokia Connection Singapura nokia N9 telah dilancarkan.

Ianya dikuasakan dengan MeeGo 1.2 Harmattan, bersama-sama spesifikasi yang menarik seperti skrin AMOLED 3.9 inchi Gorilla Glass, kamera 8MP Carl Zeiss dengan dual LED flash, 16GB atau 64GB storan dan banyak lagi. Melalui laman Nokia- Europe peranti ini masih tidak didedahkan CPU nya, cuma RAM adalah 1GB.

Rekabentuk badannya telah diperkukuhkan berbanding model lain iaitu dibuat daripada bahan unibody-polycarbonat, seperti macbook cuma bahan polycarbonat bukan aluminium.

Bagaimanapun ianya tidak mempunyai kamera hadapan, bagi proses unlock pula dikatakan hanya dengan tap 2 kali pada skrin.

Menurut Ketua Rekabentuk Nokia iaitu Marko Artisaari “With the Nokia N9, we wanted to design a better way to use a phone. To do this we innovated in the design of the hardware and software together. We reinvented the home key with a simple gesture: a swipe from the edge of the screen. The experience sets a new bar for how natural technology can feel,”

Bagaimanapun Nokia N9 belum diketahui tarikh rasmi di pasaran, Stephen Elop hanya menyatakan dalam tahun ini. Sudah saya katakan strategi perniagaan Nokia masih tidak berubah. Di saat peranti mudah alih mempunyai saingan yang tinggi Nokia masih lagi mengekalkan momentum pemasaran seperti dulu.

Kadangkala teknologi baru diketengahkan tetapi masih belum ada aplikasi yang betul-betul menyokongnya pon tak guna juga. Memang benar teknologi baru itu perlu diperkenalkan tetapi biarlah ada pelbagai aplikasi yang dibelakangnya. Langkah yang membawa kejayaan Apple, mereka hanya mengetengahkan teknologi yang benar-benar mampu membawa aplikasi untuk dicipta oleh pembangun seluruh dunia bukan sekadar bagitau kat dunia “barang ini ada teknologi baru”.

Ini sekadar sindir teknologi NFC yang sering diperkatakan Nokia dari dulu tapi tak banyak dibangunkan oleh pembangun Symbian / MeeGo. Bagaimanapun langkah Nokia membina kerangka asas pembanggunan sistem masa hadapan dengan Qt memang saya kagumi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *