>Lama sungguh tak update blog, actually blog ni wujud pon asalnya sebab excited dapat Nurul Iman. Sebenar-benarnya memang busy tak hingat. Almaklum travelling hari2 120km, nak jimat minyak kaki kanan macam tarian mak yong punya lah lembut. Tapi kalau dah malam sangat tu follow jugak lah limo limo KLIA yang macam pelesit tu. Lagipun nak lebih2 sayang lagi kat Waja ni baru 20 ribu lebih km setakat 140km/h tu beranilah, bukan tak percaya buatan Malaysia tapi increament tak dapat lagi bonus pon tak merasa lagi kat ofis baru ni.
Rasanya kalau dah mampu teringin jugak langgan wireless broadband kat handphone so senang ler nak update blog. Sambil lunch pon boleh update blog. Buat masa ni talian streamyx sahajalah peneman Internet dirumah guna untuk jadi personal webserver, wife aku surfing, remote server kat ofis, and pengkalan download tahap gaban. Buat masa ni siri 24 untuk season 1 dah settle season 2 lagi sikit lagi. Berbanding Segambut line ADSL streamyx kat Salak Tinggi ni punya lah laju, aku rasa lebih kurang sama je dengan SDSL ofis aku tu.
Nurul Iman pon sekarang dah pandai duduk, merangkak punya lah laju, dok up down up down bila tak teh je jatuh. Kadang2 sedih gak sebab pernah seminggu tu aku pergi kerja pukul 7pagi balik pukul 11mlm and 2 pagi pun ada, nak ber “3G” phone pon mahal sangat lagi rasanya banyak lagi tempat yang penting. Pergi keje dia tak bangun lagi bila aku balik dia dah tidur kesian sebenarnya, hati aku pun rasa macam patah je. Tapi kenangkan rezeki Allah bagi seperti ini mesti ada hikmahnya, lagipun amanah besar tak kisahlah apa pun perspektif orang tapi niat aku Allah je yang tahu. “Di hati ini hanya tuhan yang tahu”.
Ni hah dia menyepahkan limau kat rumah, sekarang ni memang hiasan rendah semua dah di remove. Hiasan rumah aku ni je lah Nurul Iman.
