Sejarah Keretaku : Kancil Merah

Perodua Kancil 660 Manual, dibeli pada Januari 2003 dibuat pada 1996. Genap 1 tahun memandunya mileage cecah 30ribu km (Owner asal dah jalan 90ribu km) Tahun pertama beli pergi kerja gilir dengan motor masa tu pon berulang Segambut – UIA Gombak, tambah jalan2 hujung minggu.

Kereta ni betul-betul pakai buat hobi, hampir setahun tak buat apa-apa sangat sebab gaji berapa je cukup ler bayar kereta tak sampai RM250 pon sebulan. Di tambah lagi dengan pergi interview kesana-kesini, kereta Kancil tu memang berbakti sungguh. Berjalan-jalan dengan member paling jauh pergi kenduri kahwin Abg Mat Noi kat Perlis. Bab interview pon merata lah Wangsamaju, Shah Alam, Klang, Putrajaya yang paling jauh PTD Assesment Centre (PAC) dekat Sungai Petani, Kedah.

Sejarah hobi kereta bermula masa kerja kat Shah Alam. Masa ni macam-macam impian untuk kancil ni mula menyerap, gaji bulan pertama dimulakan dengan step pertama pasang meter Mira L2 Turbo tapi rekod mileage dari meter kancil masih disimpan. Mencari meter tu dari forum ACFK sampai lah menyelongkar kedai potong kat area Sri Muda di Shah Alam. Tahun 2003 masa tu harga part Mira memang mahal, hari Sabtu pulak kerja half day, habis kerja terus gi cari kedai potong. Akhirnya meter tu aku dapat dalam harga RM120, padahal market masa tu RM150 – RM180. Mungkin apek tu kesian tengok aku kot dok selongkar kedai dia mcm orang kelaparan.

Nasib baik masa ni kerja dekat kilang kereta, kawan dengan budak2 technician and operator jadi adalah cable dengan bengkel yang dipercayai. Kali kedua masa ni dah pakai meter Mira L2 Turbo, karpet kereta pon kawan2 dekat Ford bagi masa last day kat sana, yang paling major aku buat gantikan dengan karburetor 850, padahal karburetor asal elok takde masalah. Tujuan nak dapatkan torque lebih masa mendaki bukit selain dari harga budak kelab kancil bagi kebetulan murah gila. Modified tu kategori berjayalah sebab tuning pon kawan lama kat ford yang buat, jadi tak sempatlah nak merasa suffer dengan minyak. Masa kali kedua tukar timing belt total mileage dah 245ribu km.

Sepanjang menggunakan Kancil tu sempat tukar 2 kali timing belt, yang pertama tukar mileage tunjukkan 155ribu km iaitu selepas 65ribu km pakai sejak beli, Masa ni kalau ikut nak tukar timing belt masa 80ribu, memandangkan beli pon 2nd hand risau jugak.Tukar je lah. Tukar tu pon risau, sebab dapat kerja dekat Kementerian Tanah dan Pembanggunan Koperasi dan kemudian Pak Lah tukar jadi Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Kebetulan tempat kerja baru ni aku duduk bahagian training. Memang berjalan saje lah, jadi untuk mengelakkan perkara yang tak best aku pon tukar timing belt lepas dapat gaji pertama ni. Gaji pon gred 41 pakai kereta kancil, duduk pulak dekat Segambut maka hobi tersebut masih diteruskan tapi perlahan sedikit sebab selalu outstation dan buat preparation nak bertunang dan kawin.

Cita-cita seterusnya nak pasang Door Panel Mira 4 pintu complete dengan power window. Nak jadi rezeki, member kat Shah Alam nak jual door panel dia sebab dia nak pakai door panel dengan 4 power window. So dia tolak door panel dia dalam RM200 je, padahal market dalam RM400. Jadi dapatlah door panel Kancil aku pakai Mira L2 door panel dengan 2 power window, masa yang sama pulak budak ACFK jual seat Kancil 850 punya, sebelum tu tunggu lama jugak dia nak jual RM100, at last dia jual RM50 lepas wife dia bising menyemak katanya.

Selepas bertunang, tunang aku nak beli Kancil baru atau Kancil 850, oleh sebab itu kami pon berbincang, bincang punya bincang aku setuju serahkan Kancil aku kepada dia untuk sambung bayar kepada Maybank Finance. Sebelum serah menyerah tu aku pon buat survey, nak cari kereta automatik dan akhirnya kami memilih Perodua Kembara 1.3 DVVT Auto, bab Kembara nanti cerita di entri yang lain. Maka kancil tersebut bertukar tangan kepada tunang ku, serta merta hobi modified hilang seketika. Kebetulan pulak tunang aku masa tu mengajar di SK BBST dan pejabat kami berpindah dari Wisma Tanah di Jalan Semarak ke Presint 4 Putrajaya.

Masa tu aku duduk bersama En.Meor di Kampung Jenderam pinggir Putrajaya. Duduk rumah kampung je, sewa pon RM200. Sesekali aku bertukar kereta bagi tunang aku (sekarang isteriku) pakai Kembara dan aku menggunakan Kancil untuk melepaskan rindu drive Kancil.

Selepas berkahwin yang best sekali Kancil ni kami pakai sampai habis bayar. Selepas Nurul Iman lahir, kami merasakan Kembara sudah terlalu kecil sebab separuh bonet barang dah cukup untuk stroller dia, masuk beg kami anak beranak dah penuh. Klu balik kampung tu nak masuk buah pon selit sana sini. Kebetulan pula masa ni aku dah bertukar kerja dari Putrajaya ke Pusat Bandar Damansara, letak jawatan di NRE dan terima offer Halal Industry Development Corporation yang diterajui oleh Dato’ Seri Jamil Bidin.

Jadi berbelah bahagi nak jual Kembara ke Kancil. Disebabkan Kancil dah habis bayar dan kami sayang Kancil tu maka kami decide untuk simpan. Rumah murah single story yang kami sewa tu penuh dengan kereta, sampai tiga biji kereta Waja, Kembara dan Kancil. Jadi kami simpan satu di Segambut dan gilir-gilir tukar.

Last sekali dah tak ada masa nak layan dan jaga 3 biji kereta, kebetulan ada yang berkenan. Masa nak jual tu sedih jugak lah, lagipon sayang siap baru cat satu body kononnya nak simpan lama sambug hobi tapi faktor utama parking dah tak ada tempat. Bayangkan sampai 3 kereta, Waja, Kembara dan Kancil. Nurul Iman pon dah lahir, jadi bila difikirkan balik dah tak ada masa dah nak main kereta ni. So decide untuk jual.

Sekian setakat itu sejarah Kancil Merah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *