Review RIngkas IOS 7

WWDC 2013 yang lepas Apple telah memperkenalkan IOS generasi terbaru mereka iaitu IOS 7. Rombakan besar-besaran dilakukan terhadap IOS terbaru bagi memastikan ianya terus kekal moden. Rekabentuk terbaru IOS 7 mengenengahkan konsep sederhana dan ringkas. Projek IOS 7 kini diletakkan dibawah seliaan Jony Ive yang terkenal dengan merekabentuk perkakas Apple di zaman Steve Jobs. Dua hari lepas Apple telah melepaskan IOS 7 Golden Master iaitu versi terakhir sebelum versi penuh. Golden Master telah melebih 90% daripada spesifikasi dan kestabilan IOS. Saya telah jalankan proses pemasangan IOS 7 Golden Master pada IPhone 4s yang telah melebihi setahun umurnya ini sejurus selepas ianya dimaklumkan. Selepas seharian menggunakan IOS 7 Golden Master terasa ingin berkongsi sedikit sebanyak “features” IOS 7 pada pembaca blog ni. Berikut adalah screenshot petang tadi

IOS 7 front inteterface

Antaramuka hadapan IOS 7

IOS 7 menampilkan icon dan folder yang ringkas dengan kesan transparent atau translucent. Secara ringkas nya berikut adalah features yang sempat saya kongsi.

Multitasking

Multitasking
Sejak mula IOS diperkenalkan fungsi multitasking yang di bina di dalam IOS bukanlah multitasking sebenar, ianya tidak lebih daripada hanya memberitahu aplikasi apa yang kita telah buka sedangkan aplikasi tersebut memang berhenti. Bagaimanapun kini IOS 7 akan menjalankan fungsi multitasking sebenar menurut Apple. Mungkin mereka telah menemui formula bagi menyelamatkan bateri dan mengekalkan kestabilan namun bagi IPhone 4s saya kira tiada perubahan dalam pengurusan bateri. Mungkin ianya akan lebih efisyen bersama peranti IPhone 5, 5s dan 5c.

Control Center

Control Center

Control Center membolehkan anda untuk mengakses setting penting yang selama ini melalui 2 ke 3 langkah. Kali ini ianya dipermudahkan dengan hanya swipe dari bawah ke atas. Antara shortcut yang muncul adalah mode air plane, wifi, bluetooth, do not disturb dan screen lock. Selain itu kemampuan untuk mengubah keterangan, mengawal bunyi, akses AirPlay, lampu suluh, kalkulator, timer dan butang kamera. Bagaimanapun di dalam IPhone 4s saya tidak dibekalkan AirDrop yang hanya untuk IPhone 5 ke atas. Mula-mula dah berangan nak cuba AirDrop dengan OS X Lion tapi hajat tidak kesampaian.

Photos

Photos

Aplikasi Photo juga mengalami perubahan yang agak mendadak. Adalah salah satu app bawaan yang benar-benar dirombak oleh Apple. Kehadiran Photo Filter mengukuhkan kedudukan Aplikasi Photo yang bakal menjadi seperti Aplikasi iPhoto di dalam MacOS X. Penampilan gambar juga kini lebih menarik kerana ianya dibahagikan secara automatik berdasarkan moment, koleksi serta tahun gambar tersebut di ambil.

Siri

Siri

Penampilan baru Siri kini lebih kemas, frekuansi suara kini dipapar dalam bentuk gelombang yang lebih menarik. Selain dari merubah suara Siri Perempuan kepada Siri Lelaki, kini anda mampu menghidupkan aplikasi terus melalui Siri. Lidah Melayu Jawa sebut whatsapp, mail, message, safari dan calendar dengan mudahnya Siri faham. IOS 7

Lain-lain Lagi

Selain AirDrop fungsi ITunes Radio juga saya tak dapat mencubanya, kerana hanya akan dilepaskan bersama-sama versi akhir. Apps update kini mempunyai fungsi Autoupdate maka tak perlu lagi kita update secara manual, Safari juga menampilkan penampilan baru yang lebih mudah dan cepat selain itu wallpaper juga anda boleh memilih dynamic atau imej kekal. Dengan antaramukanya dibina berasaskan 3 layer menjadikan antaramukanya lebih teratur

Antaramuka baru Safari

Antaramuka baru Safari

Rumusan

Sepanjang hari ini saya merasakan seolah-olah menggunakan IPhone yang baru kenara penampilan dan fungsi kali ini lebih banyak yang juga bakal menerima aplikasi yang lebih menarik oleh pembangun di luar sana. iOS 7 dijangka akan mula dilepaskan kepada semua pengguna IPhone pada 18 September 2013.  IOS 7 hanya akan di naiktaraf oleh pengguna yang menggunakan iPhone 4, 4S dan 5, iPad 2, 3rd Gen dan 4th Gen, iPad mini dan iPod touch 5th Gen. IOS 7 support

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *