- Seperti telah diketahui sejak semalam bahawa Steve Jobs telah meninggal dunia. Bagaimanapun beliau telah meninggalkan legasi dan meletakkan Apple kembali ditempatnya yang pernah ditinggalkan satu ketika dahulu.
- Sejarah Steve Jobs memang unik dan persaingan dengan Bill Gates sering dilihat seperti pertandingan Heavyweight boxing dunia.
Steve dan Bill dalam temuramah paling bersejarah pada 2007 dalam rancangan All Things Digital. Pendapat saya ini adalah forum teknologi paling menarik pernah saya saksikan.
- Bill Gates pada awalnya adalah pembangun perisian biasa seperti ramai yang lain, yang membuat perisian untuk “Apple 2” dihujung 70-an.
- Beliau pernah dibawa oleh Steve Jobs ke pentas Apple bagi memperkenalkan Microsoft sebagai salah satu Software Developer untuk Macintosh.
- Bagaimanapun Bill Gates telah mengangkat Microsoft bangkit lebih dari itu, dan perkembangan teknologi computer di pertengahan 80-an sangat mencabar di Amerika Syarikat pada ketika itu.
Penghormatan Bill Gates kepada keluarga Steve Jobs
- Steve Jobs seperti diketahui umum selain melahirkan Apple dengan konsep “kami buat hardware kami buat software (we do the hardware and we do the software” sudah tentu memerlukan kos yang sangat tinggi untuk kerja-kerja RnD.
- Oleh yang demikian juga lah Apple dibawah kepimpinan John Sculley sebagai CEO pernah menggugurkan Steve Jobs dari Apple kerana Lembaga Pengarahnya tidak mahu perbelanjaan yang terlalu tinggi untuk RnD.
Tahukah Anda : John Sculley sebenarnya telah diundang sendiri oleh Steve Jobs untuk memimpin Apple sebagai CEO yang sebelum itu adalah Naib Presiden Pepsi-Cola.
Steve Jobs bersama model awal Macintosh sekitar pertengahan 80-an
- Walaupun Steve Jobs keluar dari Apple ia sebenarnya membuka lembaran baru untuk Steve Jobs dan Apple masa hadapan, kerana selepas digugurkan dari Apple beliau menubuhkan NeXT. Saya ada menceritakan serba ringkas berkenaan NeXT di entri yang lalu di sini.
- Bagi yang mungkin tidak tahu platform MacOS X adalah hasil dari usaha RnD dan percubaan Steve Jobs ketika membangunkan NeXT.
- Berakhirnya MacOS 9 adalah langkah bermulanya kegemilangan Apple dalam dunia perkomputeran moden disamping memperkenalkan Ipod dan IOS.
- Antara kenyataan Steve Jobs yang menarik John Sculley menyertai Apple adalah “do you want to sell sugar water for the rest of your life or come with me and change the world?”.
- Hakikatnya memang Steve Jobs telah banyak membantu dalam menukar persepsi dunia dalam dunia IT. Takziah untuk keluarga beliau.



